KUALA LUMPUR 25 Sept - Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNBResearch Sdn Bhd (TNBR) dan cabang 'Kelestarian Tenaga' Sedania Innovator Berhad,Sedania Technologies Sdn Bhd menjalin kerjasama menilai potensi menjana tenaga daripada airlebihan empangan dan takungan air di seluruh Malaysia.
Melalui perjanjian kerjasama tersebut, Sedania akan menggunakan turbin mikro kuasa hidro TNBRyang cekap tenaga untuk menjana elektrik daripada air yang dilepaskan di empangan.
Setiap satu daripada 30-40 kilowatt turbin mikro kuasa hidro ini boleh menjana sehingga sekitar305,000 kilowatt-jam tenaga hijau setahun.
Dengan lebih 70 empangan dan takungan air di seluruh Malaysia, potensi daripada sumber tenagamikro hidro tersebut dianggarkan melebihi 40 gigawatt-jam setahun, cukup untuk membekalkantenaga elektrik bebas karbon kepada kira-kira 10,000 rumah.
Projek sulung dua rakan kongsi ini dilaksanakan di empangan Kota Tinggi, Johor.
Sedania telah dianugerahkan oleh syarikat minyak dan gas multinasional untuk menilai danmencadangkan kebolehlaksanaan menggunakan turbin mikro kuasa hidro yang cekap tenagauntuk menjana tenaga elektrik daripada air lebihan empangan tersebut.
Tanggungjawab Sedania merangkumi aspek kewangan dan teknikal projek manakala TNBRmenyumbangkan kepakaran teknikal melalui reka bentuk dan pemasangan turbin mikro kuasa hidro.
Mengulas mengenai potensinya, Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Daniel Ruppert berkata,“Bersama-sama dengan TNBR, kami berhasrat untuk melengkapkan empangan di Malaysiadengan turbin mikro kuasa hidro yang cekap tenaga, bagi membolehkan semua pelanggan kamimenggunakan air lebihan empangan sebagai sumber tenaga.”
“Malaysia harus menjadi medan teknologi hijau buatan Malaysia dengan rekod prestasi mencapaikelestarian tenaga.
"Sebagai organisasi yang komited kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan visiuntuk membantu syarikat mengurangkan jejak karbon mereka dengan terlebih dahulumembolehkan penggunaan tenaga yang cekap sebelum beralih ke fasa penting penjanaan tenagabersih, Sedania berada pada kedudukan yang strategik untuk mempercepatkan agendakelestarian dengan sokongan TNBR.”
Pengarah Urusan TNBR Dr. Mohd Hariffin Boosroh pula berkata, “TNB memperjuangkan peralihantenaga yang bertanggungjawab dan inklusif dengan aspirasi untuk mencapai pelepasan karbonbersih-sifar menjelang 2050.
"Dengan matlamat itu, TNB melabur dalam teknologi hijau baharu seperti turbin kuasa mikro hidrocekap tenaga ini yang merupakan hasil penyelidikan kami di TNBR," ujarnya.
Beliau berkata, TNB tidak boleh melaksanakan inisiatif ini sendiri dan berharap untuk bekerjasamadengan rakan-rakan kongsi yang strategik.
"Usaha sama ini menggambarkan bagaimana kerjasama penyelidikan dan industri memainkanperanan yang berpengaruh dalam pembangunan penyelesaian yang inovatif dan lestari untukMalaysia.”
Memandangkan teknologi itu dibangunkan di Malaysia, ia juga akan memberi manfaat kepadaindustri tempatan dalam pengilangan, pentauliahan, operasi dan penyelenggaraan turbin kuasahidro mikro, dan seterusnya menggerakkan masyarakat tempatan keluar daripada perangkappendapatan sederhana dengan beralih kepada nilai tinggi, tinggi teknologi dan ekonomi berkemahiran tinggi.
Kommentare