top of page

Sedania giat laksanakan Transformasi Strategik Perniagaan, teroka peluang baharu dalam pasaran konsumer

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sedania Innovator Berhad mencatat hasil sebanyak RM78.3 juta untuk penyata kewangan 18M24 yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY2024), satu peningkatan ketara daripada jumlah pendapatan RM38.35 juta bagi penyata kewangan 12M24 yang telah diaudit bagi FY20222.


Dalam satu kenyataan, Sedania berkata, prestasi FY2024 menunjukkan pertumbuhan yang dipergiat dalam tempoh transformasi, disokong oleh pendapatan yang stabil dan berdaya tahan berpunca dari model perniagaan terkini berasaskan pengguna yang pelbagai.


Sedania mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.57 juta bagi FY2024 bersandarkan penyusutan nilai sekali (one-time impairment) bagi Segmen Tenaga Lestari, lantas menunjukkan langkah jelas dalam proses transformasi ini.


Pengerusi Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, perkembangan Sedania bagi tahun kewangan ini menunjukkan titik permulaan yang penting dalam perjalanan transformasi syarikat ini.... - Dagang News


Comments


bottom of page