ANAK syarikat ‘Sustainable Healthcare’ SEDANIA Innovator Berhad (“SEDANIA”), Offspring Inc. Sdn. Bhd., (“Offspring”) mengukuhkan kedudukannya di Timur Tengah dan benua Afrika setelah baru-baru ini memeterai perjanjian untuk mengedarkan produk Offspring di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mesir.
Ini menandakan tonggak pertumbuhan bagi Offspring kerana ia kini boleh mencapai pasaran yang lebih besar di rantau Timur Tengah selepas mencatatkan pertumbuhan menggalakkan dalam pasaran Timur Tengah sulungnya Bahrain sejak kemasukannya pada 2021.
Offspring mengukuhkan nama jenamanya di benua Afrika melalui pengembangannya ke Nigeria dan Togo pada 2022, dengan Mesir menjadi pasaran Afrika terbaharunya.
Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd. Noor berkata, “Kami teruja dengan prospek Offspring di rantau Timur Tengah dan benua Afrika, didorong oleh kedudukannya sebagai jenama mesra alam dan berprestij yang boleh dikenal pasti oleh ibu bapa muda hari ini.
“Pasaran-pasaran baharu ini didorong oleh kuasa beli yang kukuh, saiz pasaran pengguna yang besar dan juga meningkatkan keterlihatan Offspring yang baik kepada seluruh dunia. UAE adalah hab perniagaan yang sibuk manakala Arab Saudi merupakan salah satu tapak ziarah yang paling banyak dikunjungi di dunia. Mesir adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling pesat berkembang selain mempunyai antara populasi terbesar di dunia,” katanya.
Azrin menambah bahawa UAE dan Arab Saudi adalah antara tiga puluh negara teratas dari segi pendapatan purata, manakala Mesir adalah antara dua puluh negara paling ramai penduduk di dunia dengan populasi kira-kira 109 juta dan kadar kesuburan 3.2 kelahiran bagi setiap wanita.
Rangkaian produk penjagaan kesihatan Australia Offspring yang premium dan lestari termasuk lampin bayi mesra alam, tisu basah terbiodegradasi sepenuhnya, keperluan penjagaan bayi dan produk isi rumah yang menggunakan bahan bukan toksik, organik dan berasaskan tumbuhan.
Selain sifat mesra alam dan organik produknya yang membantu mengurangkan pelepasan karbon, produk Offspring juga selamat dan lestari seperti yang dibuktikan oleh pelbagai pensijilan dan akreditasinya. Ini termasuk EcoCert, selamat alergi Australia (Australian allergy-safe), sijil FSC, serta bebas kekejaman dan tidak toksik.
Ketua Pegawai Eksekutif Offspring Roslan Ismail berkata, “Pengembangan terkini ini ke pasaran baharu meluaskan jejak global kami ke 26 negara secara keseluruhan dan menyerlahkan pengiktirafan jenama kami yang semakin meningkat sebagai jenama bayi pilihan yang lestari dan disukai ramai di beberapa benua.
“Setelah mengukuhkan kedudukan kami di lebih banyak negara, ruang besar untuk pertumbuhan dalam setiap pasaran ini secara serentak membuka banyak peluang untuk kami meningkatkan dan mempelbagaikan lagi jualan eksport kami merentasi pasaran geografi yang berbeza.
“Memandangkan prospek dari pengembangan ini kelihatan menjanjikan, inisiatif strategik kami untuk menembusi pasaran ini nampaknya wajar, terutamanya kerana produk kami bergema dengan baik dengan kadar kelahiran yang lebih tinggi dan masyarakat berpendapatan tinggi yang mengutamakan kelestarian.”
Comentários