KUALA LUMPUR 11 Okt - Offspring Inc Sdn Bhd (Offspring), anak syarikat ‘SustainableHealthcare’ SEDANIA Innovator Berhad akan mengadakan ‘Baby Search’ 2022 untuk mencariwajah jenamanya yang baharu.
Bayi yang dipilih oleh Offspring akan mempunyai ekspresi autentik yang paling unik. Inimenandakan kepercayaan Offspring bahawa semua bayi dicipta sama dan cantik serta ingin terusmenyediakan produk terbaik, tulen dan selamat untuk cahaya mata ibu bapa.
Ketua Pegawai Eksekutif Offspring, Mohamed Roslan Ismail berkata, misi Offspring adalah untukmeningkatkan kehidupan secara lestari dengan meletakkan asas bagi memupuk zaman kanak-kanak yang sihat, dan pertandingan ini mengukuhkan lagi matlamat ini.
"Saya percaya kami boleh menyumbang secara positif kerana produk kami selamat untuk bayi danjuga alam sekitar, sesuatu yang ibu bapa moden boleh mengenal pasti dengan kukuh.
"Oleh itu, kami berharap ‘Baby Search’ ini bukan sahaja dapat meraikan bayi dengan cara yangcomel dan menggembirakan, tetapi juga dapat menanam dalam minda ibu bapa dan jugamasyarakat budaya kelestarian yang diwakili oleh Offspring," katanya dalam satu kenyataan hariini.
‘Baby Search’ merangkumi peraduan dalam talian setiap minggu untuk lima minggu berturut-turut,dengan acara akhir diadakan secara fizikal pada 19 November 2022.
Mulai 10 Oktober, setiap minggu Offspring akan memilih dua pemenang daripada dua kategori.Setiap kategori akan dibuka kepada kumpulan umur diantara 3 hingga 12 bulan (kumpulan 1) dan1 hingga 2 tahun (kumpulan 2).
Selepas itu, hanya 10 pemenang daripada peraduan mingguan akan disenarai pendek untukperingkat akhir, yang akan diadakan secara fizikal. 10 finalis bayi yang diiringi ibu bapa merekaakan bersaing dalam lima kategori di hadapan panel hakim dalam peringkat akhir ini.
Bayi-bayi yang terpilih sebagai pemenang bukan sahaja mendapat hadiah wang tunai dan produkbayi Offspring, mereka juga akan menjadi wajah Offspring selama satu tahun.
Untuk menyertai ‘Baby Search', ibu bapa hanya perlu membuat pembelian mana-mana produkOffspring di kedai webnya https://offspringinc.com/shop-all ,kedai runcit fizikal terpilih atau mana-mana saluran e-dagangnya. (https://offspringinc.com/shop-all)
Setiap peserta hanya perlu memuat naik salinan resit dan mengikuti proses pendaftaran, yangjuga termasuk langkah paling penting yang mana foto atau video bayi/kanak-kanak akan dimuatnaik.
Peserta mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian yang dibuat. Mereka bolehmenghantar lebih daripada satu penyertaan dan juga memasuki lebih daripada satu kategoriselagi resit pembelian yang lain disertakan untuk setiap penyertaan yang berbeza.
Σχόλια