Aug 23, 20222 min

Sedania, Codebase Technologies bekerjasama terajui inovasi perbankan digital


 
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sedania Innovator Bhd. menerusi anak syarikat teknologi kewangan(Fintech), Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian kerjasama denganCodebase Technologies,untuk menyediakan penyelesaian digital hujung ke hujung yang mempercepatkan adaptasi daninovasiperbankan digital.

Kerjasama itu bagi menyelaraskan teknologi dan rangkaian klien Sedania As Salam dan CodebaseTechnologies yang beroperasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), dalam mengukuhkan kedudukansyarikat terhadap sektor perbankan digital yang semakin mendapat permintaan tinggi.

Ini akan dapat dicapai melalui pembangunan platform perbankan Islam digital semua dalam satuyang tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan juga antarabangsa melalui model bertemakanSaaS (Subscription as a Service).

Platform baru itu akan menampilkan perisian Tawarruq, yang merupakan perisian hak milikSedania AsSalam, sebagai terasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam, Nisa Ismail berkata, kerjasama itu akan meletakkansyarikat di hadapan dalam menawarkan penyelesaian perbankan digital yang inovatif bagimemenuhi keperluaninstitusi perkhidmatan kewangan (FSI).

Katanya, rekod prestasi kukuh Sedania As Salam dalam memberikan perkhidmatan terbaikkepada bankkonvensional mewah, bank koperasi dan juga pelbagai FSI yang lain juga dapat membantuCodebase Technologies memperoleh kedudukan yang lebih kukuh di Malaysia

“Keyakinan kami ini bersandarkan kepada fakta bahawa kami boleh memanfaatkan teknologidaripada Codebase Technologies yang diiktiraf dan telah berjaya digunakan dalam melancarkanpelbagai platform dan penyelesaian digital di seluruh dunia untuk pelbagai FSI, sama ada bankneo atau pencabar, bank tradisional, fintech dan syarikat baru," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perjanjian tersebut, Sedania As Salam akan menerajui pembangunan perniagaan dan jugapengurusan projek sementara mengintegrasi solusi teknologi kewangan Islam dengan Digibanc,platform perbankan digital daripada Codebase Technologies yang mendapat pengiktirafanantarabangsa.

Sementara itu, Ketua Perusahaan Global Codebase Technologies, Omar Mansur berkata,kerjasama itu dapat memberi hasil yang membanggakan pada masa hadapan danmempercepatkan pendigitalan di rantau ini.

“Sinergi bersama yang kami akan dapat terokai adalah tidak terhad dan akan membolehkan aksesyang lebih luas kepada pelbagai penyelesaian digital untuk FSI.

"Kerjasama ini akan membantu kami mengembangkan kedudukan kami di Malaysia dan rantauAsia Pasifik, dan kami juga bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan organisasi yangberkongsi visi yang sama," katanya.

Read Original Article